Son Ye Jin dan Hyun Bin bakal berkahwin?


  • Hiburan
  • Jumaat, 11 Feb 2022

YE Jin dan Hyun Bin meraih populariti melalui drama Korea popular, Crash Landing On You. — Agensi

KISAH cinta Son Ye Jin dan Hyun Bin hangat diperkatakan oleh pihak media yang menyifatkan bahawa ia sebagai percintaan abad ini.

Pasangan itu meraih populariti melalui drama Korea popular, Crash Landing On You.

Peminat berharap pasangan itu bersatu secara realiti selepas menyaksikan gandingan menakjubkan yang mereka pamerkan di skrin.

Hasrat peminat menjadi realiti apabila selepas hampir setahun mereka membintangi rancangan itu, pasangan itu mengakui hubungan mereka secara terbuka.

Tidak ada seorang pun di dunia yang membantah hubungan pasangan itu, malah ketika kedua-duanya menghampiri usia pertengahan, ramai peminat mengharapkan mereka untuk mengikat tali pertunangan.

Walaupun Ye Jin telah berada dalam industri selama kira-kira 22 tahun, dia tidak pernah mendedahkan kisah cintanya secara terbuka.

Sebelum ini, aktres tu pernah digosipkan bersama pelakon A Moment To Remember, Jung Woo Sung kerana keserasian mereka di skrin, tetapi kedua-duanya tidak pernah mengakui hubungan itu.

Tetapi adakah hubungannya dengan Hyun Bin akan menjadi yang terakhir?

Ye Jin juga sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial pada awal Februari 2022 apabila peminat mendakwa aktres itu mengikuti seorang jurugambar perkahwinan di media sosial.

Peminat sudah mula heboh mengenainya dan berteka-teki sama ada adakah Ye Jin mencari studio perkahwinan untuk perkahwinannya? Adakah pasangan itu ingin membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi? — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Hyun Bin, Son Ye Jin, K Drama, korea, kpop