
SATU rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang gadis menawarkan keperawanannya dengan nilai RM6,000 kerana masalah kewangan keluarga.
Video berdurasi 17 saat itu tular di media sosial pada Rabu dan gadis itu meminta supaya orang ramai memberinya peluang.
"Saya masih ada dara dan ingin jual 'malam pertama' saya.
"Keluarga saya susah, jadi saya nak jual dara dengan harga RM6,000.
"Saya harap semua orang hormat keputusan ini dan beri saya peluang," katanya di akhir video itu.
Video itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial, ada yang mempersendakan gadis itu dengan mengatakan harga RM6,000 terlalu tinggi.
Sehingga jam 11.15 pagi Khamis, video tersebut telah mendapat lebih 530 tanda suka, 426 komen juga 76,000 jumlah tontonan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram