SPRM kesan saksi penting kes rasuah di Perak


  • 112
  • Rabu, 09 Feb 2022

SPRM Perak sedang mengesan seorang individu bagi membantu perbicaraan satu kes rasuah di mahkamah.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan seorang individu bagi membantu perbicaraan satu kes rasuah di mahkamah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada Rabu, individu itu dikenali sebagai Woo Kin Soon, 37.

WhatsApp Image 2022-02-09 at 13.06.52

Individu dikehendaki SPRM bernama Woo Kin Soon. — Ihsan SPRM

"Lelaki terbabit mempunyai alamat terakhir di No 989, Kampung Baru Bukit Merah, 31500, Lahat, Perak,” kata kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Kin Soon diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Nurul Liana Semsudin di talian 019-9844 316 atau 05-5267 000.

Difahamkan, Kin Soon diperlukan untuk memberi keterangan dalam satu kes rasuah dan dia dikategorikan sebagai saksi penting. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

SPRM, mahkamah, kesan, saksi, ipoh,