POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan polis tidak mengambil tindakan terhadap beberapa siri jenayah seperti yang didakwa dalam video tular baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang menyiasat video berdurasi empat minit 59 saat yang tular di WhatsApp itu.