Lelaki pijak kepala lembu, lempar tahi di Batu Pahat


  • Tular
  • Rabu, 09 Feb 2022

TANGKAP layar video yang memaparkan tindakan lelaki memijak kepala lembu dan melempar tahi. — Facebook

ENTAH apalah yang difikirkan seorang lelaki yang sanggup memijak kepala lembunya dan bila ditegur, dilempar pula tahi haiwan itu ke rumah jiran di Kampung Semerah, Batu Pahat, Johor.

Itu kejadian yang berlaku dan sempat dirakam seorang pengguna Twitter menggunakan nama Hannybella_ yang turut memuat naik video lelaki tersebut memijak kepala lembu itu.

"Tengok jiran belakang rumah datuk saya ni, dia pijak kepala lembu dia. Tolong tularkan video ini.

"Bila orang tegur, dia baling pula tahi lembu ke halaman rumah orang. Bodoh gila. Sebelah balai polis dan dah buat laporan polis banyak kali pun polis tak boleh buat apa. Kena buat laporan pada Majis Perbandaran Batu Pahat pula," katanya.

Menurutnya, dia juga mendakwa yang lelaki itu telah membawa lembu tersebut ke tanah orang lain dan tidak memberi lembunya makan di kawasan yang sepatutnya.

"Kau bela lembu, jaga la betul-betul. Bagi makan di tempat yang betul dan janganlah masuk ke tanah orang. Lembu tak salah, yang salah empunya lembu.

"Harap pihak berkuasa ambil prihatin masalah yang berlaku di Kampung Semerah. Buat ujian air kencing sekali sebab dah macam 'orang stim' barang je pegang tahi lembu dan selamba baling-baling macam lontar peluru," katanya.

Sementara itu, turut memuat naik video yang sama ialah pengguna Facebook, Muhammad Hafiz yang memaklumkan bahawa lelaki itu telah ditahan polis.

"Tindakan telah diambil oleh polis Semerah dan ketua kampung. Saya ucapkan terima kasih di atas tindakan yang pantas oleh pihak berkenaan," katanya.

Majoriti cuba menghubungi Muhammad Hafiz untuk mendapatkan perkembangan terkini dan masalah sebenar yang berlaku namun tidak mendapat maklum balas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram