Jangkitan terus mencanak, negara rekod 13,944 kes baharu Covid-19


  • Primer
  • Selasa, 08 Feb 2022

MAKLUMAT terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW. — Bernama

JUMLAH jangkitan Covid-19 dalam negara terus menunjukkan peningkatan pada Selasa iaitu sebanyak 13,944 kes baharu berbanding 11,304 kes pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kini sebanyak 2,939,198 kes.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 5,421 kes sembuh baharu dicatatkan, menjadikan kes sembuh keseluruhan sebanyak 2,824,071 setakat ini.

Beliau berkata, 17 kluster baharu dikesan, 375 kluster masih aktif, manakala, 6,151 kluster telah tamat.

"Ini menjadikan jumlah kluster direkodkan setakat ini sebanyak 6,526," katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, sebanyak 138 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 71 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KKM, kes baharu, Covid-19