Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kini sebanyak 2,925,254 kes.
Menerusi laman sosial Twitter rasminya, beliau berkata, 99.47 peratus atau 10,976 kes baharu pada Isnin adalah dalam Kategori Satu dan Dua, manakala 58 kes lagi atau 0.53 peratus berada dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima.
Menurutnya, Kategori Satu mencatat sebanyak 2,819 kes atau 25.55 peratus; Kategori Dua (8,157 kes atau 73.92 peratus); Kategori Tiga (43 kes atau 0.39 peratus); Kategori Empat (11 kes atau 0.1 peratus) dan Kategori Lima (empat kes atau 0.04 peratus).
Menurut infografik yang turut dimuat naik, Kategori Tiga melibatkan jangkitan paru-paru, sementara Kategori Empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakalan Kategori Lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram