Bas bawa pelajar USIM terbalik kemalangan di Nilai


  • Tular
  • Selasa, 08 Feb 2022

KEADAAN bas membawa 17 penumpang pelajar USIM yang terbalik dalam kejadian di Bandar Baru Nilai, pagi Selasa. — Facebook

SATU kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas berlaku di Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan pada Selasa.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 7.45 pagi itu, bas tersebut dikatakan terbabas ketika cuba mengelak kenderaan lain.

Seorang pengguna Facebook, Amir Runner mendakwa, bas itu membawa 17 orang pelajar daripada Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) dan dalam perjalanan ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

accident nilai

TANGKAP layar komen pengguna Facebook berhubung kejadian kemalangan itu.

"Ketika dalam perjalanan ke USIM, bas itu telah mengalami kemalangan jalan raya berhampiran McDonald jalan susur keluar tol Nilai.

"Menurut saksi, bas tersebut cuba mengelak kereta lalu terbabas," katanya.

Dakwa Amir, empat pelajar telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Seramai 13 orang pelajar telah dibawa ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) USIM untuk menerima rawatan," katanya.

accident nilai 2

TANGKAP layar komen pengguna Facebook berhubung kejadian kemalangan itu.

Seorang lagi pengguna Facebook, Adam Van Nilai mendakwa, brek bas tersebut tidak berfungsi dengan baik menyebabkan pemandu bas membuat pilihan 'menghimpit' pokok di pembahagi tengah jalan untuk memperlahankan kenderaan.

"Dengar cerita brek tak cengkam (jalan)...pemandu buat pilihan himpit kat pokok..apa-apa pun moga baik-baik saja semua..doakan baik-baik," katanya.

Dalam pada itu, Majoriti menunggu pengesahan daripada pihak polis berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram