Budak 12 tahun cedera, jatuh dari tingkat empat bangunan di Langkawi


  • 112
  • Rabu, 02 Feb 2022

ANGGOTA bomba membantu seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dari bangunan berdekatan sebuah hotel di Langkawi, pada Rabu. — Facebook

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Mahawangsa 1, Kuah, Langkawi pada Rabu.

Ketua Bomba Zon Langkawi, Mohd Fadzlullah Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 8.23 pagi.

"Sebaik anggota tiba di lokasi, didapati mangsa seorang kanak-kanak perempuan telah terjatuh dari tingkat empat bangunan. Anggota bertugas terus memberi rawatan awal kepada mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kemudian dibawa ke Hospital Langkawi dengan ambulans,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, ketika kejadian bapa mangsa mendakwa dia dan keluarga sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh seorang pengawal keselamatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram