Bekas import kelab elit Pantai Timur kini sah berhijrah ke ‘Kelantan UAE’


  • Podium
  • Rabu, 02 Feb 2022

GASSAMA (kanan) ketika beraksi menentang Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia musim lalu. — Bernama

BEKAS penyerang import Kelantan United, Alfusainey Gassama sah melengkapkan perpindahannya ke kelab 'Kelantan UAE', Masfout CSC.

Pemain berusia 27 tahun itu dilepaskan oleh skuad Sang Kijang hujung tahun lalu dan menyertai kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga menggunakan logo kijang itu dua hari lepas.

1953803a36b94a7d56304a8e1378733e6b64ef252222bd25e2a0609ce122d75f

Logo Masfout CSC.

Bercakap mengenai perpindahannya, menurut pemain Gambia itu, Kelantan United akan sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang berada di kelab ini kerana cara anda membuatkan saya berasa seperti sebahagian daripada keluarga sejak hari pertama.

"Ucapan terima kasih khas buat peminat atas sorakan mereka yang lantang dan berpengaruh.

"Terima kasih kepada rakan sepasukan saya untuk masa yang hebat di dalam dan di luar padang. Saya akan merindui anda semua," katanya.

Peminat Kelantan United pastinya tidak akan melupakan jasa Gassama yang merupakan penjaring terbanyak kelab itu pada musim 2020.

Bukan itu saja, beliau juga pernah 'digantung' oleh kelab akibat insiden pergaduhan dengan rakan sepasukan, Zafuan Azeman sebaik sahaja wisel tamat perlawanan dalam satu aksi Liga Premier menentang Perak II tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram