Dakwa tak ubah seperti 'mayat hidup' lepas suntikan dos penggalak


  • Tular
  • Isnin, 31 Jan 2022

KEADAAN wanita itu yang terlantar di wad selepas dikejarkan ke hospital. — Facebook

SEORANG wanita mendakwa dirinya menjadi 'mangsa' dos penggalak Covid-19 selepas terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara badan menjadi lemah selepas mendapatkan suntikan berkenaan.

Menerusi video tular yang dikongsi Benjamin Al Shariff di laman Facebook pada Ahad, wanita itu berkongsi pengalaman pahitnya menanggung kesakitan, yang didakwa berlaku selepas mengambil dos penggalak.

Menurut wanita berusia 24 tahun itu, dia menerima vaksin jenis Astrazeneca pada jam 3.30 petang pada 24 Januari lalu.

"Lepas dua jam booster boleh berseronok lagi bawa anak buah main taman. Lepas lima jam tangan dah start menggigil dan kebas

"Dua hari lepas booster dah macam mayat hidup dah aku masa ni, memang tak larat, rasa macam hujung nyawa, mampu tawakal saja masa ni," menurut wanita itu.

Menurut wanita itu, dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dua hari mengambil suntikan penggalak akibat badan menjadi lemah dan tidak bermaya.

Dia terpaksa diangkat menggunakan pengusung oleh anggota perubatan yang hadir ke rumahnya dengan ambulans.

Dia kemudian ditahan di dalam wad untuk menerima rawatan kecemasan di hospital.

"Alhamdulillah ALLAH masih panjangkan hidup aku," tambahnya.

Setakat ini, masih belum terdapat kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung dakwaan wanita terbabit.

Majoriti sedang menunggu respons balas pemilik Facebook tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram