Empat remaja berlagak gengster di Batu Caves


  • Tular
  • Ahad, 30 Jan 2022

TANGKAP Layar rakaman video buli melibatkan beberapa remaja di sebuah taman awam di Batu Caves.

TIDAK serik-serik! Begitulah yang boleh digambarkan terhadap video tular yang menunjukkan sekumpulan remaja melakukan aktiviti buli.

Berbeza kali ini, perlakuan terkutuk itu berlaku di tempat umum iaitu di sebuah taman berdekatan Gua Damai, Batu Caves, Gombak.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Amirul Hadi itu, terdapat empat orang remaja yang berlagak 'gengster' membuli dua orang budak lagi yang sedang melepak di taman itu.

VIDEO tular perlakuan buli itu tersebar di media sosial.

Berdasarkan video tular itu, remaja lelaki berwarna baju merah itu yang menampar dua mangsa atas alasan mangsa tidak menghormati dia dan rakan-rakannya yang merupakan ketua kawasan itu.

"Kau tahu dak (tak) ini tempat siapa? Tadi kami okay tau dengan kau. Kau datang je tiba-tiba macam langsi," kata budak lelaki yang memakai pelitup muka.

"Kau datang tempat kami lain kali, elok-elok, hormat sikit," kata remaja yang memakai baju bewarna merah sambil menampar pipi dua budak itu dengan sangat kuat.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan oleh sekumpulan remaja itu dan mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan segera berhubung insiden itu.

"Wah, yang baju merah dan baju hitam itu macam langsi saja. Mari sini dua-dua rasa penampar aku pula, jangan terpengsan sudah," komen pengguna Facebook, Theseus Moon.

"Kau ingat orang buat tempat itu guna duit bapa kau, ikut suka kau saja pukul orang. Intat hebat nak pukul orang macam tu, kecil-kecil tidak mati, sudah besar menyusahkan ibu bapa kau saja," komen seorang lagi pengguna Facebook, Muhammad Indera.

"Lapor polis saja budak ini. Baru dia tahu kuasa dia di mana," kata pengguna Facebook, Azlan Abdullah.

Kedua pihak difahamkan telah dibawa ke balai polis, namun setakat ini, belum ada kenyataan pihak polis berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

buli, remaja, taman, gangster, PDRM, batu caves