Khairy gesa orang ramai perangi pandemik


  • Primer
  • Khamis, 27 Jan 2022

ORANG ramai diminta memakai pelitup muka terutama di kawasan sesak. — The Star

KHAIRY Jamaluddin menggesa orang ramai untuk memerangi Covid-19 menerusi pemerkasaan komuniti, susulan gelombang varian Omicron dalam negara.

Menteri Kesihatan itu berkata, tiada sekatan atau kompaun tinggi akan dilaksanakan, sebaliknya rakyat perlu menumpukan perhatian kepada tingkah laku sendiri.

"Pakai pelitup muka terutama di kawasan sesak. #TRIIS. Dapatkan dos penggalak. Sokong #PICKids (vaksinasi untuk kanak-kanak)," katanya menerusi hantaran di laman Twitter pada Khamis.

3f96d927-4b50-48d2-888d-d82e41879cfb

TANGKAP layar Khairy di laman Twitter pada Khamis.

Terdahulu, Khairy berkata, gelombang Omicron telah bermula di Malaysia dan kes Covid-19 dalam negara dijangka meningkat.

Bagaimanapun, beliau berkata, situasi itu terkawal kerana negara mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes Covid-19 dilaporkan pada Khamis sebanyak 5,439 kes menjadikan jumlah kumulatif 2,850,408 kes, meningkat daripada jumlah direkodkan Rabu dengan 4,744 kes. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Khairy Jamaluddin, Covid-19, Omicron, KKM