KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan gelombang varian Omicron sudah bermula di Malaysia dan dijangka meningkatkan kes jangkitan Covid-19 di negara ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, keadaan itu bagaimanapun mampu dikawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi.
"Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-Sama kita mengatasi gelombang ini,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan kesiapsiagaan KKM turut meliputi pelaksanaan langkah-langkah kesihatan awam dan liputan ujian kendiri berkala.
"... diharapkan (langkah ini) dapat mengurangkan keparahan kes dan kemasukan ke hospital. Kes akan meningkat dan kita bersama dapat mengurangkan kesan peningkatan serta keparahan jangkitan terutama kepada golongan rentan,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram