Atap terbang, lapan kereta rosak akibat angin kencang di Shah Alam


  • 112
  • Khamis, 27 Jan 2022

KEADAAN atap terjatuh dari tingkat dua bangunan MSU pada Khamis. — The Star

ANGIN kencang menyebabkan bumbung bangunan berterbangan serta lapan kereta mengalami kerosakan di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, kejadian itu dilaporkan di satu tempat letak kereta di sebuah pasar raya, manakala satu lagi di kompleks Management and Science University (MSU).

1461034

KEADAAN di sebuah tempat letak kereta dekat sebuah pasar raya pada Khamis. — The Star

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua kejadian.

"Dalam kejadian di kompleks MSU, sebahagian bumbung jatuh dari tingkat dua bangunan itu akibat angin kencang," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram