Rawang tenggelam angkara banjir kilat


  • 112
  • Ahad, 23 Jan 2022

SEBUAH kereta cuba meredah banjir kilat di pusat bandar Rawang pada Ahad. — Facebook

BERIKUTAN hujan lebat pada Ahad, pusat bandar Rawang dinaiki air dan ramai penduduk dilaporkan terkandas.

Laluan utama Rawang menghala ke Selayang juga dilanda banjir kilat selepas hujan tidak berhenti sejak 5 petang Ahad.

Menerusi gambar yang dikongsi Facebook Rawangku, kelihatan air naik hingga paras betis penduduk.

Beberapa kenderaan turut kelihatan cuba meredah banjir yang melanda di kawasan itu.

Pengguna laman sosial Facebook juga berkongsi keadaan banjir kilat sekitar kawasan rumah mereka dan kedai di sekitar bandar Rawang.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), air sungai masih belum melimpah walaupun paras air meningkat berikutan hujan masih renyai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram