Tak bagi duit beli dadah punca wanita dipenggal — Polis


  • 112
  • Isnin, 17 Jan 2022

KEJADIAN berlaku di rumah mangsa yang terletak di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor.

SEORANG mangsa pembunuhan di Kuala Selangor dipenggal kepala kerana enggan memberikan wang kepada anaknya yang menganggur untuk membeli dadah, kata polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, motif pembunuhan yang berlaku pada Sabtu itu terbongkar ketika menyiasat suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa pada Sabtu berkata, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine selepas ditahan.

"Siasatan mendapati hanya suspek dan mangsa berada di rumah ketika kejadian," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek pernah ditahan pada 2014 kerana memeras ugut mangsa dan membeli dadah.

Menurut laporan, seorang lelaki dipercayai dalam pengaruh dadah memenggal kepala ibunya di sebuah rumah di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Kakak suspek, yang pergi ke rumah untuk memeriksa ibunya yang gagal dihubungi, mendapati suspek berlumuran darah sebelum melarikan diri.

Wanita itu kemudian menghubungi polis.

Insiden berlaku pada kira-kira jam 5.45 petang Sabtu.

Polis tiba di lokasi kejadian dan menemui mayat seorang wanita berusia 56 tahun yang berlumuran darah.

Suspek yang merupakan penganggur berusia 28 tahun kemudian berjaya diberkas dengan bantuan penduduk kampung. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram