Warga asing patah tangan, kaki terjun tingkat tiga


  • 112
  • Sabtu, 15 Jan 2022

KEADAAN mangsa yang patah tangan dan kaki akibat terjun dari tingkat tiga sebuah rumah kedai. — The Star

SEORANG lelaki patah tangan dan kaki apabila nekad terjun dari tingkat tiga sebuah rumah kedai, bagi menyelamatkan diri daripada kebakaran di bangunan itu dekat Klang, Selangor.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya yang menerima panggilan tiba di tempat kejadian di Taman Bunga Melor pada jam 9.52 pagi.

"Api menyambar tingkat satu bangunan itu dan membakar 80 peratus daripadanya," katanya.

Beliau berkata, seramai 13 warga asing termasuk lelaki yang cedera tinggal di bangunan itu.

"Lelaki itu telah melompat sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian, manakala 12 yang lain telah dipindahkan dengan selamat," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram