Remaja mati lemas di air terjun Batu Kurau


  • 112
  • Sabtu, 25 Dis 2021

MAYAT mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan seterusnya.

SEORANG remaja lelaki ditemui mati lemas di air terjun Lata Air Hitam di Batu Kurau, Taiping.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, mangsa dikenali sebagai Mohammad Fathussalam Mohd Baharulnizam yang berusia 16 tahun.

Pegawai bomba itu berkata mangsa ditemui kira-kira dua meter dari tempat dia bermandi pada Sabtu (25 Disember).

"Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.15 tengah hari. Mayatnya ditemui kira-kira 12.50 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan seterusnya,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bomba, Batu Kurau, Lemas, Taiping, air terjun