Pemuda ditemukan mati bawah jambatan


  • Benua
  • Isnin, 27 Dis 2021

PEGAWAI perubatan yang dikejarkan ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat terjun dari tempat tinggi. — Agensi

SEORANG lelaki dengan pangkal nama, FH, 24, ditemui mati di bawah Jejambat Janti, Caturtunggal, Depok, Sleman, Indonesia.

Polis mengesyaki mangsa yang merupakan penduduk Kudus, Jawa Tengah itu nekad menamatkan riwayatnya dengan terjun dari jambatan dalam kejadian pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Depok Barat, Amin Ruwito mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mangsa disyaki terdesak berbuat demikian kerana masalah peribadi.

"Memang ada kejadian. Mangsa nekad bunuh diri dengan terjun dari Jejambat Janti," katanya.

Menuurutnya, kejadian itu disedari apabila pihaknya menerima laporan terdapat mayat lelaki di bawah Jejambat Janti.

Selepas menerima laporan mengenai pengenalan diri, pihak Hospital Bhayangkara segera datang ke tempat kejadian untuk memberikan rawatan perubatan, namun malangnya mangsa tidak dapat diselamatkan.

“Setibanya mangsa di Hospital Bhayangkara, mangsa dikenali sebagai FH disahkan meninggal dunia,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

FH, terjun jambatan, bunuh diri, Indonesia,