Degil tak guna jejantas, akhirnya dilanggar motosikal di Sungei Wang


  • Tular
  • Khamis, 13 Jan 2022

TANGKAP layar rakaman yang memaparkan wanita itu dirempuh motosikal ketika sedang melintas. — Facebook

IBARAT sudah menjadi budaya di dalam negara apabila pejalan kaki lebih rela menanggung risiko untuk melintas jalan tanpa menggunakan jejantas atau lintasan pejalan kaki.

Ramai yang sanggup merisikokan nyawa mereka asalkan dapat menjimatkan masa tetapi tak pernah hirau mengenai keselamatan diri terutamanya dengan situasi jalan raya di ibu kota yang sentiasa dipenuhi penunggang motosikal.

Terbaharu, tular satu rakaman video berdurasi seminit melibatkan seorang wanita yang melintas jalan sebelum dirempuh motosikal.

Menerusi video itu, kejadian dipercayai berlaku di hadapan Plaza Sungei Wang, Jalan bukit Bintang, Kuala Lumpur dan wanita itu tidak berada di laluan lintasan pejalan kaki.

Wanita itu kemudian cuba menyeberang jalan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum dirempuh sebuah motosikal yang tidak menyedari kehadiran wanita itu disebabkan terlindung dengan kenderaan lain.

Situasi itu menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan dan tidak mampu bangun serta perlu mendapatkan rawatan kecemasan segera.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa kasihan tetapi dalam masa menganggap tindakan wanita itu sebagai sesuatu yang mengundang masalah sendiri.

Untitled

TANGKAP layar komen netizen yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap segelintir pejalan kaki yang melintas jalan sesuka hati — Facebook

Rizalmin Bukhori berkata, kawasan tersebut memang sesak terutamanya ketika waktu puncak dan bukannya laluan lintasan pejalan kaki.

Zek Rosli pula berkata, kejadian tersebut secara jelas merupakan kesalahan pejalan kaki.

Bulat Slyg Baru juga mempertikaikan mengapa pejalan kaki itu tidak menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan di kawasan tersebut.

Nurul Nuha turut menyatakan rasa tidak puas hati yang sama kerana wanita itu tidak menoleh kiri dan kanan sebelum melintas dan tidak menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan.

Sebenarnya kes sebegini sudah tular banyak kali dan bukan hanya berlaku di Malaysia. Tetapi selagi ada yang masih berdegil dan lebih mementingkan masa daripada nyawa, maka perkara sebegini pasti akan berulang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram