
SEORANG lelaki warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Seremban, Negeri Sembilan atas dakwaan membunuh rakan serumahnya warga India, pada 3 Januari lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Hassan, 25, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Vishavdeep Singh di sebuah rumah di Taman Happy, Batu 1 Jalan Pantai, Port Dickson, antara 12.37 tengah malam hingga 1.50 pagi.
Muhammad Hassan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norsyazwani Ishak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan memandangkan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan mahkamah menetapkan 10 Febuari bagi tarikh sebutan semula kes.
Media sebelumnya melaporkan gara-gara mabuk mangsa maut dipercayai akibat ditikam rakan serumahnya dalam pergaduhan di rumah penginapan mereka. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram