Didakwa dera anak duduk luar balkoni di Bukit Jalil, ini respons polis


  • 112
  • Khamis, 06 Jan 2022

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan didakwa diletakkan di luar balkoni rumahnya. — Twitter

TULAR di media sosial sebuah rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan didakwa diletakkan di luar balkoni rumahnya dipercayai di sebuah kondominium di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Rakaman berkenaan dikongsikan pengguna Twitter menggunakan nama Hafiz Nassir pada Rabu sebelum video tersebut tular di aplikasi WhatsApp pada Khamis.

"Guys tolong viralkan ini. Tak sanggup tengok. Memang ada ibu bapa gila zaman sekarang kan?," tulisnya yang turut memuat naik rakaman itu di TikTok.

Menerusi rakaman itu, dia turut meletakkan kapsyen ringkas berbunyi, 'Tolong Viralkan. Child Abuse' dengan disertakan lokasi di Bukit Jalil.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, EAGF @luxcysh turut memuat naik video sama dengan menghantar ciapan dengan mendakwa kononnya berlaku penderaan hingga tergamak meletakkan budak malang itu di luar tembok beranda.

tweet budak balkoni

TANGKAP layar ciapan @luxcysh di Twitter pada Rabu.

"Ini binatang ke apa? Kau dera anak jangan sampai membunuh! Baik kau bunuh je daripada kau dera dia macam tu! Ba***** punya manusia!!!.

"Lokasi di Kiara Residence 2, Bukit Jalil," ciapnya menerusi bebenang di Twitter.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, seorang kanak-kanak kelihatan ditinggalkan di bahagian luar beranda rumahnya.

Turut kelihatan dalam rakaman tersebut ialah dua individu yang seolah-olah sedang mengawasinya, namun duduk di bahagian dalam balkoni itu.

Ada individu yang mendakwa kanak-kanak tersebut seolah-olah sedang didera oleh kedua ibu bapanya yang secara tidak langsung boleh mengancam keselamatannya.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, kes itu kini dalam siasatan D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram