Mayat lelaki ditemui terapung dalam longkang di Batu Tiga


  • 112
  • Rabu, 05 Jan 2022

LOKASI mayat seorang lelaki yang ditemui dalam sebuah longkang besar berhampiran Stesen Komuter Batu Tiga pada Rabu. — Facebook

MAYAT seorang lelaki ditemui terapung di dalam sebuah longkang besar berhampiran Stesen Komuter Batu Tiga di Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.39 pagi.

"Mayat seorang lelaki yang identiti belum dikenal pasti ditemui terapung di dalam longkang besar di bawah jambatan berketinggian 4.57 meter.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang tiba di lokasi pada jam 9.55 pagi untuk membawa naik mayat tersebut sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

mayat, lelaki, longkang besar, Batu Tiga, Shah Alam,