Noridah dilantik sebagai KSU Perpaduan


  • Primer
  • Rabu, 05 Jan 2022

Datuk Noridah Abdul Rahim dinaikkan pangkat kepada Ketua Setiausaha.

DATUK Noridah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara berkuatkuasa pada Rabu (5 Januari).

Noridah yang juga anak kelahiran Jerantut, Pahang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha di kementerian yang sama sebelum ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut.

"Tahniah dan syabas kepada Noridah di atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha.

"Semoga Noridah dapat menggalas dan melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi bersama kita untuk kesejahteraan rakyat Keluarga Malaysia," katanya.

Untuk rekod, kementerian yang diterajui oleh Halimah itu ditubuhkan pada 10 Mac 2020.

Fungsi utama kementerian itu adalah untuk memacu agenda perpaduan nasional bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram