Selepas Gardenia, roti Massimo pula naik harga esok


  • Primer
  • Ahad, 02 Jan 2022

ALASAN kenaikan harga mentah juga antara sebab kenaikan harga roti Massimo. — Facebook

ROTI berjenama Massimo dikhabarkan akan menaikkan harganya bermula Isnin selepas melakukan semakan harga jualannya.

Syarikat The Italian Baker Sdn Bhd dalam satu surat yang diberikan kepada peruncit berkata, penilaian harga tersebut dibuat selepas syarikat pesaingnya, Gardenia menaikkan harga.

“Kami di Massimo sentiasa memastikan produk kami kekal konsisten serta tidak berkompromi dalam soal kualiti dan keselamatan.

"Kami sentiasa mencari cara baharu untuk menambah baik tawaran kami kepada pengguna kami.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat peningkatan kos bahan mentah yang telah menjejaskan kos produk bakeri industri, termasuk Massimo yang dijual di pasaran," katanya.

Mengikut senarai haga tersebut, harga baharu untuk sebuku roti ialah RM2.80 berbading harga lamanya RM2.38.

Sandwich Putih 600g berharga RM4, naik daripada RM3.35, manakala roti 400g Kuman Gandum, yang berharga RM2.48 dinaikkan kepada RM3.00.

Harga baharu untuk Wheat Germ 600g ialah RM4.25, naik daripada RM3.71.

Sementara itu, portal FreeMalaysiaToday melaporkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, pihak tersebut akan menyiasat kenaikan harga itu.

Pada 25 November lalu, sepucuk surat daripada pengeluar roti tempatan Gardenia Bakeries (KL) kepada peruncitnya tular di media sosial memaklumkan mengenai kenaikan harga bermula 1 Disember lalu.

Surat itu turut menyatakan kenaikan harga roti adalah disebabkan bahan mentah seperti tepung, tepung gandum, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan telah naik harga. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

gardenia, massimo, roti, bahan mentah, naik harga