Co-bank Pertama tawar moratorium untuk mangsa banjir


  • Bizz
  • Sabtu, 01 Jan 2022

PELANGGAN CBP yang terjejas akibat banjir baru-baru ini layak menerima moratorium. —The Star

PELANGGAN Co-opbank Pertama (CBP) yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa negeri sejak pertengahan Disember 2021 layak menerima moratorium.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, sebagai bank koperasi yang prihatin terhadap pelanggan serta selaras dengan prinsipnya iaitu prihatin terhadap komuniti, CBP ingin mengumumkan bahawa permohonan moratorium bencana banjir boleh dibuat oleh pelanggan yang terjejas secara dalam talian.

Permohonan moratorium itu boleh dibuat menerusi pautan https://bit.ly/MBCBP2021 bermula 3 Januari 2022 sehingga 28 Februari 2022, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bagi pelanggan PKS dan Koperasi pula, permohonan boleh dikemukakan terus melalui e-mel kepada [email protected].

Cawangan CBP akan menghubungi pelanggan dan memaklumkan status permohonan moratorium mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram