Deretan lori bawa keluar balak dari Gua Musang, Kelantan cetus kebimbangan


  • Tular
  • Rabu, 29 Dis 2021

TANGKAP layar rakaman yang memaparkan dereta lori membawa muatan kayu balak yang didakwa dibawa keluar dari Gua Musang, Kelantan.

BARU-BARU ini, beberapa keping gambar memaparkan kayu balak yang hanyut akibat hujan dan banjir tular di media sosial.

Lantas, ramai yang turut berkata bahawa antara punca banjir adalah disebabkan oleh isu alam sekitar terutamanya pembalakan balak.

Terbaharu, aktivitis alam sekitar yang juga Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil memuat naik satu video di akaun Facebook miliknya.

Video tersebut memaparkan deretan lori yang membawa muatan kayu balak sedang berhenti di tepi lebuh raya.

Menerusi video itu juga, difahamkan yang lori itu sedang membawa kayu balak yang ditebang dari Gua Musang, Kelantan.

Ternyata, rakaman itu mendapat reaksi kecewa daripada netizen apabila melihat kerakusan manusia memusnahkan alam sekitar.

TANGKAP layar komen yang ditinggalkan netizen berkenaan isu pembalakan yang akhirnya memberi kesan kepada penduduk. — Facebook

Seorang pengguna Facebook, Marrisa Elyna berkata, dia sebagai rakyat Kelantan sudah saban tahun melihat isu kayu balak dibawa keluar dari hutan.

Marchetta Anteuse Ammri pula berkata, video tersebut memaparkan gambar pembalakan secara besar-besaran.

Sementara itu, Zulkid Metecro turut berkata, yang bencana berlaku akibat kemusnahan alam semula jadi negara dan penduduk yang terpaksa menerima kesan.

Sepkoloh Putera pula berkata, deretan lori membawa kayu balak adalah satu pemandangan biasa terutamanya di Jalan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan.

Majoriti sedang menunggu respons Peka berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram