PBT didakwa beri sumbangan mangsa banjir guna pemberian orang awam


  • Tular
  • Isnin, 27 Dis 2021

TANGKAP layar rakaman video wanita itu menyoal petugas MBSJ.

SATU video tular di Twitter menunjukkan rakaman seorang wanita yang terlibat dalam membantu mangsa banjir menyoal tindakan petugas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang didakwa mengambil kredit atas derma orang awam.

Pengguna Twitter, @adrndm mempersoalkan tindakan petugas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang meletakkan barangan yang disumbangkan orang ramai ke dalam beg yang tertera nama agensi itu sebelum diberi kepada mangsa banjir.

Petugas MBSJ itu kemudian mengakui bahawa pihaknya melakukan sedemikian tetapi dengan niat untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

"Benda ni memang barang sumbangan, kita sampaikan saja, letak dalam beg saja," kata petugas tersebut.

Screenshot 2021-12-27 154536

Penjelasan wanita yang berhadapan dengan petugas MBSJ mengenai kejadian itu.

Menurut pengguna Twitter itu lagi, pihak MBSJ pada mulanya mengambil barang-barang yang disumbangkan orang ramai daripada sebuah bilik stor.

Tambahnya, mereka kemudian tiba untuk menyerahkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir menggunakan barang-barang itu yang diletakkan dalam beg tertera nama MBSJ.

Tindakan MBSJ itu mendapat kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan penipuan yang dilakukan agensi itu, semata-mata untuk menaikkan reputasinya.

Majoriti sedang menunggu respons MBSJ berhubung dakwaan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

mbsj, sumbangan, mangsa banjir, beg