Isu curi 'oven' Mydin, mak cik buat video jawab tuduhan


  • Tular
  • Sabtu, 25 Dis 2021

KELAKUAN individu membawa ketuhar tular di media sosial baru-baru ini. — Facebook

BARU-BARU ini tular di media sosial berhubung rakaman video memaparkan kelakuan beberapa individu yang membawa keluar barangan dari premis Mydin di Taman Sri Muda sehingga mencetuskan perhatian orang ramai.

Dalam video tersebut, ada juga individu yang dilihat membawa keluar peralatan elektrik termasuk ketuhar.

Individu tersebut bagaimanapun tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya itu.

Menerusi video yang dimuat naik pada Sabtu di Facebook, individu terbabit mendakwa kotak tersebut hanyalah berisi makanan dan bukannya ketuhar seperti didakwa oleh orang ramai.

Dia juga mendakwa membuat laporan polis selepas menerima pelbagai kecaman daripada warganet.

PENGAKUAN individu itu tular di media sosial pada Sabtu. — Facebook

Pengakuan individu itu bagaimanapun menimbulkan kecurigaan dalam kalangan warganet.

"Ada masa lagi mahu 'salotape' itu kotak cantik," kata pengguna Facebook, Syamsul Sirajuddin.

"Ye ke kotak kosong, tak macam kotak kosong pun, boleh ambil kotak 'oven' tingkat atas semata-mata nak letak biskut, logik ke cerita ini," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Emmy Emmy.

Terdahulu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengakui premisnya dipecah masuk dengan niat untuk melakukan rompakan.

Beliau turut memaklumkam pihaknya menanggung kerugian antara RM200,000 hingga RM300,000 ekoran insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram