Tuan Ibrahim dijangkiti Covid-19


  • Primer
  • Ahad, 26 Dis 2021

PERKHABARAN itu dimaklumkan sendiri oleh Tuan Ibrahim menerusi akaun Facebook miliknya. — The Star

MENTERI Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan dirinya dijangkiti Covid-19 pada Ahad.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Tuan Ibrahim menerusi akaun Facebook miliknya.

"Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif Covid-19.

"Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu. Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram