'MENTERI Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hilang', itu sindirian yang diajukan kepada pemimpin itu yang kelibatnya tidak kelihatan saat negara ditimpa musibah banjir ketika ini.
Sindiran itu diajukan kepada beliau menerusi hantaran di laman sosial Facebook oleh pentadbir akaun, Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu.
Dalam hantaran itu, pengendali akaun itu memuat naik satu foto yang tertulis satu ayat ringkas, "Berita Terkini, Banjir: Menteri Alam Sekitar dan Air telah hilang."
Dalam ruangan komen juga, pengendali turut berkongsi satu tangkap layar akaun laman sosial Twitter Tuan Ibrahim yang kosong seperti dinyah aktif.
Hantaran itu turut mendapat limpahan komen daripada pengguna Facebok yang turut meluahkan sidiran serta mempersoalkan di mana keberadaan menteri berkenaan.
Ada di antara pengguna yang menyatakan bahawa kemungkinan beliau sedang berfikir bagaimana mahu menjawab soalan wartawan dan ada juga yang menyatakan bahawa menteri itu sedang sibuk melawan arus banjir.
Hasil semakan Majoriti terhadap akaun Twitter rasmi Tuan Ibrahim tidak menghadapi sebarang masalah, begitu juga dengan akaun Facebook miliknya.
Terdahulu, kelibat menteri itu juga tidak kelihatan semasa penyampaian sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Shah Alam, Selangor, Dr Fuad Salleh.
Menyampaikan sumbangan itu adaah Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar dan Air, Dr Zuhdi Masduki.
Berdasarkan laporan Harakah Daily, difahamkan Tuan Ibrahim sedang menunaikan ibadat umrah di Makkah ketika ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram