Mayat budak 6 tahun korban tragedi chalet di Bentong ditemui


  • 112
  • Rabu, 22 Dis 2021

ANGGOTA penyelamat membawa mayat wanita yang ditemui pada Selasa, kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian sebuah chalet di Bentong. — Ihsan bomba

SATU mayat kanak-kanak lelaki yang hilang dalam kejadian banjir lumpur di sebuah chalet di Bentong, Pahang ditemui pada 10.30 pagi Rabu, kata bomba.

Bomba berkata, seorang lagi mangsa bagaimanapun masih hilang.

Terdahulu, operasi mencari mangsa termasuk kanak-kanak terbabit yang dihanyutkan arus kepala air dalam kejadian pada malam Sabtu lalu, diperluaskan dengan tambahan anggota dan anjing pengesan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, tiga orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dihanyutkan kepala air yang mengalir ke sungai dalam kawasan pusat peranginan Bobby Eco Camp, kira-kira jam 10.40 malam Sabtu lalu.

"Tiga mangsa ialah sepasang suami isteri yang juga pemilik resort berkenaan dan seorang budak lelaki yang datang ke resort itu bersama keluarganya. Kawasan pencarian telah diperluaskan sehingga melebihi 1 kometer dengan tambahan tenaga kerja dan bantuan empat anjing pengesan," katanya.

"Dalam kejadian itu, 10 orang berjaya diselamatkan, manakala lima lagi dilaporkan maut. Mayat pertama ditemui pada Ahad lalu, diikuti empat lagi pada Isnin. Ada antara mayat ditemui tersepit di celah-celah dahan pokok," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram