Warga Klang marah kenderaan 4WD cuba rempuh mangsa banjir, polis belum terima laporan


  • 112
  • Isnin, 20 Dis 2021

TANGKAP layar video mangsa banjir hampir dirempuh pacuan empat roda. — Facebook

BARU-BARU ini, satu klip video berdurasi 33 saat telah dimuat naik ke Facebook menunjukkan sebuah pacuan empat roda cuba merempuh beberapa individu yang sedang menyelamatkan diri daripada banjir.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisiener Polis S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal menunjukkan kejadian berlaku di sebatang jalan berhampiran Kampung Batu Belah di Klang.

“Pemandu itu bertindak berbahaya dengan cuba mengundurkan kenderaan ketika lima individu cuba mengharungi air banjir,” katanya.

Vijaya Rao berkata, pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram