Selangor mohon bantuan kerajaan Persekutuan


  • Primer
  • Sabtu, 18 Dis 2021

BANJIR di Jalan Rajah 25/28, Taman Sri Muda Shah Alam semakin teruk pada malam Jumaat dan beberapa rumah tidak mempunyai bekalan elektrik. — The Star

DALAM usaha menangani masalah banjir dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memohon bantuan kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Selangor itu dalam mesej Twitternya memaklumkan, kerajaan negeri juga memohon bantuan aset-aset Persekutuan dan penglibatan tentera, bagi menyelamatkan seramai mungkin mangsa banjir yang terkandas ketika ini.

6417cb34-4182-4b9b-b7ee-fd0073aeeaa9

TANGKAP layar di laman Twitter Amirudin berkaitan banjir di Selangor.

“Saya telah berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri @IsmailSabri60 memohon bantuan bagi mangsa banjir di Selangor.

"Saya turut menghubungi Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein @HishammuddinH2O agar aset dan anggota keselamatan dapat digerakkan bagi membantu proses pemindahan dan penyelamatan mangsa banjir yang terkandas di Selangor," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dijadualkan melawat mangsa banjir dan keadaan banjir di sekitar Klang pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram