Angkara banjir, semua pasar raya Giant Lembah Klang diarah tutup


  • Tular
  • Sabtu, 18 Dis 2021

TANGKAP layar video banjir di Giant Seksyen 13 di Shah Alam. — Facebook

PERGI ke Giant ketika banjir, Giant tutup.

Semua pasar raya Giant di Selangor dan Lembah Klang akan ditutup sementara daripada jam 7 malam pada Sabtu sehingga diberitahu kelak.

KEADAAN banjir di Giant Seksyen 13 di Shah Alam

Pihak Pengurusan Giant Malaysia dalam satu kenyataan berkata, penutupan dilakukan berikutan banjir kilat dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Tarikh pembukaan semula dan kemas kini akan dikongsi di halaman Facebook rasmi Giant.

“Kesejahteraan semua ahli pasukan dan pelanggan tetap menjadi keutamaan dan kami berharap semua kekal selamat dan berwaspada dengan keadaan semasa.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sebarang kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.

Pada Sabtu, tular video banjir kilat di Giant Seksyen 13, Shah Alam dengan keadaan air yang mencecah hampir paras lutut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram