Rim 'rider' patah angkara lubang di Sungai Buloh


  • Tular
  • Sabtu, 18 Dis 2021

RIM tayar motosikal mangsa yang patah akibat terlanggar sebuah lubang di Jalan Sungai Buloh menghala ke Damansara Damai dan berhadapan Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh, Selangor pada Khamis.

SEORANG penghantar makanan menerima nasib malang apabila terlanggar sebuah lubang di Jalan Sungai Buloh menghala ke Damansara Damai dan berhadapan Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh, Selangor.

Perkara itu dikongsikan oleh isterinya, Ctiey Saubari menerusi perkongsian video berdurasi 13 saat di laman Facebook.

Dalam kejadian pada Khamis itu, Ctiey Saubari berkata, pelanggaran itu menyebabkan rim tayar motosikal patah selain telefon bimbit milik mangsa pecah.

Justeru, dia memberi amaran kepada penghantar makanan lain supaya berhati-hati dan tidak menerima nasib sama seperti suaminya.

"Harap semua berhati-hati," katanya.

Setakat Sabtu, perkongsian Ctiey Saubari mendapat lebih 247 perkongsian, 25 emoji tanda marah serta 28 memberi emoji sedih.

Mengulas mengenai perkara itu, laman Facebook Brotherhood SG BULOH tampil menasihati mangsa terbabit untuk menuntut bela atas kerugian yang dialami.

"Wa (Kami) mohon semua mangsa-mangsa buat tuntutan ganti rugi pada pemilik jalan sebenar iaitu JKR (Jabatan Kerja Raya) Petaling," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram