'Rider' Foodpanda salah melepak atau pemilik restoran biadap?


  • Tular
  • Jumaat, 17 Dis 2021

TANGKAP layar video ketika pertengkaran antara vendor dan penghantar makanan.

TULAR di media sosial satu video yang memaparkan seorang penghantar makanan dimarahi oleh peniaga di sebuah kedai makan di Setia Alam, Selangor dipercayai berlaku malam Khamis.

Menerusi video itu, pekerja kedai makan itu mendakwa penghantar makanan tidak mengambil makanan untuk dihantar ke rumah pelanggan kerana duduk melepak dan bersembang.

Bagaimanapun penghantar makanan tersebut membalas dengan dakwaan pemilik dan staf restoran itu bersikap biadap ketika menegurnya.

Insiden itu nyaris mencetuskan pergaduhan fizikal tetapi beberapa individu lain yang berada di lokasi kejadian menenangkan kedua-dua pihak bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Menerusi ruangan komen, ramai yang tidak berpuas hati dengan kedai makan tersebut dan mendakwa mereka sengaja membangkitkan masalah itu.

Pengguna Facebook, Azmi Othman berkata, kedua-dua pihak sebenarnya perlu bertolak ansur kerana penghantar makanan juga mahu menghantar makanan dengan cepat untuk mengambil tempahan baru.

Muhammad Saiful Aizat berkata, penghantar makanan selalu menjadi mangsa dan dimarahi pelanggan walaupun yang lambat menyiapkan makanan adalah vendor.

3

ANTARA komen netizen berkenaan isu pertengkaran melibatkan penghantar makanan dan kedai makan. — Facebook

Bagi Ansyfnz Rdy pula, penghantar makanan adakalanya berehat seketika untuk melepaskan lelah sebelum menghantar makanan dan bukannya sengaja melewatkan penghantaran.

Syazwaniey Waniey pula yang juga seorang vendor memberitahu memang ada penghantar yang sengaja melewatkan penghantaran dan duduk bersembang dengan rakannya.

Namun baginya, teguran secara berhemah adalah lebih baik dan perkara itu tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram