Rakyat Malaysia hiasi watak DC Comics


  • Hiburan
  • Sabtu, 18 Dis 2021

PENYELIDIKAN Khatijah berkaitan virus unggas mendapat pengiktirafan dunia termasuk DC Comics. — The Star

SEBAGAI antara penerbit buku komik tertua di dunia, DC Comics telah menampilkan banyak watak dalam cerita mereka sepanjang 87 tahun sejarahnya.

Apa yang lebih menarik, salah satu watak baharu adalah berkisarkan tentang rakyat Malaysia.

Bersempena dengan ulang tahun ke-80 Wonder Women, DC Comics menerbitkan antologi yang meraikan kehidupan 'wanita ajaib' sebenar.

Salah seorang wanita yang diraikan adalah seorang profesor dari Malaysia, Khatijah Mohamad Yusoff yang juga seorang ahli akademik dan ahli virologi.

Beliau membuat penyelidikan mengenai bagaimana virus unggas Newcastle Disease Virus (NDV) boleh digunakan untuk merawat kanser dan ia diiktiraf di seluruh dunia.

Sebelum ini, Khatijah menerima banyak anugerah untuk hasil kerjanya dan pada tahun 2005, beliau dianugerahkan Hadiah Carlos Finlay Unesco untuk mikrobiogi, sekali gus muncul sebagai saintis Asia kedua memenangi anugerah itu.

Menggambarkan kisah Khatijah dalam antologi itu adalah seorang lagi rakyat Malaysia dan juga seorang artis, Nur Hanie Mohd dari Sarawak. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram