Virus Omicron mudah berjangkit tapi tidak mengancam nyawa — Pakar


  • Benua
  • Jumaat, 17 Dis 2021

VIRUS yang kurang virulen menyebabkan simptom dan mereka juga tidak dapat bertahan lama kerana pesakit terpaksa mengasingkan diri. — Agensi

VARIAN baharu Omicron dilaporkan mudah berjangkit tetapi tidak mengancam nyawa, kata pakar.

Menurut Profesor genetik di Banaras Hindu University (BHU), India, Gyaneshwar Chaubey, meskipun varian Omicron kini sedang melanda Afrika Selatan, nisbah kematian daripada gelombang Covid-19 direkodkan berkurangan beberapa kali ganda dari paras yang membimbangkan.

"Jika gelombang ini sebahagian besarnya disebabkan oleh Omicron, ia jelas menunjukkan bahawa risiko kematian disebabkan oleh varian ini jauh lebih rendah berbanding varian Beta atau Delta," katanya.

Selain itu, kajian terbaru, oleh pasukan penyelidik dari Universiti Hong Kong mendapati bahawa walaupun Omicron berkembang 70 kali lebih cepat dalam tisu bronkial, ia mereplikasi 10 kali lebih perlahan daripada SarsCov2 asal dalam tisu paru-paru.

Kajian itu mengatakan bahawa ini boleh menjadi penunjuk risiko penyakit yang lebih rendah.

Pada masa sama, purata angka kematian walaupun di negara lain yang mana varian baharu itu dikesan hampir tiga minggu lalu tidak menunjukkan sebarang trend yang membimbangkan setakat ini.

Sebagai contoh, Belanda merekodkan dua kes antara 19 dan 23 November 2021 dan walaupun lebih tiga minggu sejak varian itu dikesan, kedua-dua jangkitan dan kematian purata tidak mempunyai corak yang membimbangkan.

Malah di Botswana, varian Omcron dilaporkan ditemui pada 9 November 2021 dan bilangan jangkitan meningkat beberapa kali tetapi jumlah kematian tidak meningkat dalam perkadaran itu sama sekali.

Ketua, Jabatan Perubatan Komuniti, Kolej Perubatan Dr DY Patil Pune, India, Dr Amitav Banerjee, mengatakan bahawa laporan menunjukkan bahawa Omicron lebih berjangkit dan kurang menunjukkan sebarang gejala (virulen) dan ia berada pada garis yang dijangkakan.

"Virus bermutasi untuk menyesuaikan diri mereka supaya mereka dapat bertahan.

“Jenis yang kurang virulen menyebabkan simptom dan mereka juga tidak dapat bertahan lama kerana pesakit terpaksa mengasingkan diri.

" Jadi, hanya mutan (virus) yang pasif dan tidak menyebabkan gejala ringan sahaja akan bertahan,” ujarnya.

Tambahnya, mengikut data dan laporan yang ada, setakat ini menyokong undang-undang pemilihan semula jadi Darwin dengan sempurna. Ia menyebabkan gejala yang sangat ringan kepada mereka yang dijangkiti varian Omicron.

Afrika Selatan menyaksikan gelombang jangkitan keempatnya yang sebahagian besarnya dilihat disebabkan oleh varian Omicron.

Gelombang sebelumnya disumbangkan oleh varian lain seperti Alpha, Beta dan Delta. Gelombang pertama tidak begitu ketara kerana ia kecil berbanding tiga gelombang lain.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram