Dayang Noorazah berjaya tawan DUN Lingga


  • Politik
  • Sabtu, 18 Dis 2021

DAYANG Noorazah berjaya menawan kerusi DUN Lingga pada PRN Sarawak ke-12. — Facebook

CALON wanita termuda Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dayang Noorazah Awang Sohor, 33, berjaya menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2021 pada Sabtu.

Sebagai calon muka baharu, langkah GPS mempertaruhkan graduan Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari Univerisiti Teknologi Swinburne, Sarawak itu ternyata berhasil selepas memperoleh 3,700 undi dalam keputusan rasmi yang dipaparkan di laman myundi.com.my/sarawak-live-results.

Pada PRN Sarawak ke-12, DUN Lingga menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Dayang Noorazah, Abang Abdul Kassim Abang Bujang daripada PKR, Datuk Wan Abdillah Edruce Abdul Rahman daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baha Imam daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Abang Mohd Sepian Abang Daud daripada Parti Sedar Sarawak (SEDAR) dan calon Bebas Mohd Sepian Abang Daud.

Sebelum ini, kerusi itu disandang oleh Datuk Simoi Peri daripada Barisan Nasional-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu selama tiga penggal sejak 2006. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram