Abang Jo tepati ramalan, menang besar di DUN Gedong


  • Politik
  • Sabtu, 18 Dis 2021

ABANG Jo terdahulu membuang undi di pusat mengundi Kompleks Sukan Satok pada Sabtu. — The Star

PENGERUSI Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong selepas menang dengan jumlah undi 4,310 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada Sabtu.

Abang Jo bertembung dengan calon dari Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang; Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu terdahulu membuang undi di pusat mengundi Kompleks Sukan Satok bersama isterinya, Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang pukul 10 pagi Sabtu.

Penyandang kerusi DUN Gedong sebelum ini ialah Datuk Mohd Naroden Haji Majais (GPS-PBB). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Abang Johari, DUN Gedong, menang, PRN Sarawak, GPS