PRESIDEN Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, 79, yang juga calon tertua bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan.
Wong, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perniagaan Sarawak yang juga pernah memegang jawatan Menteri Kewangan Kedua negeri, bertanding di DUN Bawang Assan buat kali ketujuh bagi mempertahankan kerusi DUN itu.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, calon veteran itu memenangi kerusi DUN Bawang Assan dengan majoriti 913 undi. Dia berjaya meraih keseluruhan 5,953 undi dalam PRN kali ini.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Senator Robert Lau Hui Yew, pula meraih 5,039 undi manakala Michelle Ling Shyan Mih daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) memperoleh 954 undi.
Sementara itu, Amy Lau Bik Yieng daripada DAP mendapat 1,173 undi dan calon Bebas, Ricky Entrie (643). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram