DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka kekal menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sehingga 2023 selepas memperoleh majoriti sokongan daripada Umno bahagian di seluruh negara.
Menurut sumber, sejumlah 123 Umno bahagian telah meluluskan usul pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian yang berlangsung pada Sabtu di seluruh negara untuk menyuarakan sokongan terhadap Ismail Sabri agar terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal 2023.
Keputusan itu secara tidak langsung menunjukkan sejumlah besar bahagian-bahagian Umno bersedia untuk menghadapi pemilihan parti itu sebelum PRU15.
Terdahulu, wujud dakwaan beberapa media perdana yang menyatakan bahawa 176 Pergerakan Pemuda Umno Bahagian menyokong PRU diadakan terlebih dahulu berbanding pemilihan Umno.
Bagaimanapun dakwaan tersebut disifatkan sebagai tidak tepat dan tidak berasas.
Majoriti difahamkan, sumber terdekat parti setelah menghubungi beberapa Ketua-Ketua Pemuda Umno Bahagian, menyifatkan kenyataan Setiausaha Pemuda Umno Malaysia PSUM telah disalahtafsir dan diputarbelitkan.
"Kami tidak menerima apa-apa keputusan lagi daripada semua bahagian dan masih ada beberapa Ketua Pemuda dan Bahagian yang belum membuat mesyuarat Pemuda di tempat masing-masing.
"Seharusnya usul utama yang perlu dibangkitkan adalah usul membantu rakyat selepas zaman endemik, usul memperkasakan ekonomi rakyat dan menjaga kepentingan rakyat patut dijadikan keutamaan pemuda untuk dibawa semasa Perhimpunan Agong Umno nanti," kata sumber itu.
Selain itu sumber berkenaan berkata, menerusi perubahan Undi18 juga pada PRU15 akan datang seharusnya Pergerakan Pemuda Umno Malaysia harus meneliti usul usia Ketua Pemuda Umno Malaysia yang patut diturunkan selaras usia Ketua-Ketua Pemuda Umno Malaysia sekarang dan usul salah seorang daripada Naib Presiden mesti di bawah 50 tahun.
Katanya, rakyat kini bukan nak lihat Umno fikirkan pasal PRU, tapi seharusnya mempercepatkan bantuan dan inisiatif-inisiatif kemudahan buat peniaga dan golongan B40.
"Umno ingat bila usul PRU diadakan segera, Umno mampu mendapat mandat rakyat? Jangan hanya kerana PRN Melaka, kita tergesa-gesa nak buat PRU dan merasa Umno sudah boleh kembali berkuasa.
"Bila melihat kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Pemuda Umno Malaysia setelah disalahtafsir oleh media, rata-rata komen netizen mula meluat dengan usul yang diketengahkan.
"Seharusnya Umno harus membantu YAB Perdana Menteri dalam menyelesaikan isu rakyat dan merealisasikan belanjawan 2021 untuk disegerakan," kata sumber tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram