Dr M dimasukkan ke IJN


  • Primer
  • Khamis, 16 Dis 2021

MAHATHIR dijangka berada di IJN untuk tempoh beberapa hari. — Bernama

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam satu kenyataan, IJN berkata, Mahathir tiba di hospital itu pada jam 7 malam Khamis.

Menurut kenyataan itu, Mahathir akan menjalani pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian lanjut, sambil menambah bahawa beliau dijangka berada di IJN untuk tempoh beberapa hari akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mahathir Mohamad, IJN, rawatan