Sambutan tahun baharu besar-besaran tidak dibenarkan — Khairy


  • Primer
  • Khamis, 16 Dis 2021

KHAIRY menggalakkan orang ramai membuat ujian pengesanan Covid-19 sebelum menghadiri sambutan Tahun Baru dan Hari Natal berskala kecil.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) tidak membenarkan penganjuran sambutan Tahun Baharu 2022 secara besar-besaran diadakan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, sambutan Tahun Baharu dan Krismas hanya dibenarkan dilakukan secara berskala kecil dan persendirian membabitkan keluarga dan rakan.

"Buat masa ini sambutan Tahun Baharu dan Krismas hanya secara kecil-kecilan dibenarkan. Namun, mereka perlu membuat ujian pengesanan Covid-19 sebelum menghadiri sambutan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Khairy berkata, pusat pemberian vaksin mega akan diwujudkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, pusat pemberian vaksin mega akan dimulakan di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram