Penduduk Taman Bendahara, Kuala Selangor panik budak tiga tahun terkunci dalam Axia


  • 112
  • Selasa, 14 Dis 2021

ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan mangsa. — Gambar ihsan Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor

BOMBA terpaksa dipanggil bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terkunci dalam kereta dalam kejadian di Jalan Bendahara 5A Taman Bendahara, Kuala Selangor pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk menyelamatkan mangsa yang berusia tiga tahunpada jam 4.39 petang.

"Seramai enam orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi bersama dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

"Sejurus tiba, pasukan bomba mendapati seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta Perodua Axia yang dalam keadaan terkunci," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, mangsa terperangkap kira-kira 10 minit sebelum diselamatkan dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa berada dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada ibu bapanya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.54 petang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram