Diskaun kompaun JPJ sehingga 15 Disember


  • Primer
  • Sabtu, 11 Dis 2021

ORANG ramai beratur untuk membayar saman JPJ di kaunter JPJ sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara. — The Star

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memutuskan untuk melanjutkan tempoh diskaun bagi pembayaran kompaun sehingga 15 Disember ini.

Perkara itu diumumkan pada Jumaat di laman rasmi Facebook jabatan itu, selain mengesyorkan semua kompaun dibayar secara tanpa tunai.

Ia menambah, diskaun itu sah di semua kaunter JPJ negeri, bahagian dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Sejak dua hari lalu, orang ramai berkumpul di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selepas pihak polis dan JPJ mengumumkan diskaun sehingga 80 peratus bagi kompaun terpilih.

Namun, kaunter telah ditutup setakat petang Jumaat selepas maklum balas orang ramai yang melahirkan kebimbangan terhadap ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika proses pembayaran kompaun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

JPJ, UTC, kompaun, tangguh