'King' nyaris tewas dengan lori balak


  • Tular
  • Rabu, 08 Dis 2021

TANGKAP layar dari rakaman kamera papan pemuka (dashcam). — Facebook

SEBUAH lori balak menghimpit kereta Perodua Myvi tular di media sosial pada pagi tadi mendapat perhatian dari warganet laman media sosial Facebook.

Kiriman video oleh pengguna Facebook Amirul Amir itu menunjukkan kereta Myvi berwarna putih itu cuba mencelah ke kiri lori yang mana membahayakan diri sendiri.

RAKAMAN video dari Amirul Amir

Kejadian pada pukul 11:54 pagi itu berlaku pada Rabu sememangnya mendapat kecaman warganet yang dari awalnya membenci "king" (Myvi) kerana tindakan-tindakan pemandu kereta tersebut yang sering membuat masalah di jalanan.

"Tak sabar memang tunjuk kebodohan sendiri, kau ingat depan tu kancil kah, sekali lori balak tu himpit masuk sungai terus," kata pengguna Facebook, Amin Nur Izzat.

"Dia ingat potong lori kecil ke,mujur nyawa tidak melayang," kata Eone Xila di hantaran video yang berdurasi 13 saat itu.

"Bila sel-sel otak tidak berhubung. Sendiri cari penyakit. Lori itu di tempat yang benar, beban dia bawa berat, nasib kayu balak tu tidak jatuh atas kepala orang bodoh tu, kalau tidak mati, " komen Are-pjo WC di hantaran itu.

"Tahu dia punya laju saja. Sudahlah ikut lorong kecemasan. Nasib baik tidak kena," kata Abdul Hadi Mohamed Zin.

KOMENEEE

TANGKAP layar komen dari wargatnet di hantaran Amirul Amir

Sementara itu, pengguna Facebook Aminuddin Jelorian Muhammad berkata pemandu tersebut boleh dikenakan hukuman bawah S.42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain dan memotong di sebelah kiri berdekatan kawasan jambatan.

Namun, setakat ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) belum memberi maklum balas berhubung perkara ini.

Terdahulu, pada 9 November kenderaan Myvi turut membuat masalah dengan memotong di laluan kecemasan semasa memandu di lebuh raya namun perbuatannya dihalang oleh pemandu Proton Exora. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Myvi, King, jalan raya, JPJ, lori balak, Facebook