BELUM reda kemarahan netizen terhadap kes Zulfarhan, timbul satu kes buli baharu membabitkan seorang pelajar yang dibelasah sekumpulan pelajar lain dipercayai berlaku di sebuah maktab.
Menerusi video tersebut, mangsa buli dilihat ditumbuk berulang kali di bahagian perut oleh tujuh pelajar berbeza secara bergilir-gilir tanpa belas kasihan.
VIDEO tular kes buli membabitkan seorang pelajar yang dibuli rakan lain dipercayai sebuah maktab. — Facebook
Perbuatan tanpa belas ihsan tersebut direkod seorang pelajar lain dan disiarkan secara langsung di laman Facebook seorang individu yang dikenali sebagai Faez Hamzah.
Video tersebut tular sejak malam Khamis dan turut menjadi trending di Twitter. — Majoriti
Menyusul...
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram